Logo Kereta Sewa Kota Bharu

PENGENALAN KERETA SEWA KOTA BHARU

KERETA SEWA KOTA BHARU mula diperkenalkan pada tahun 2015. Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa (pandu sendiri). Berpengkalan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu.

KERETA SEWA KOTA BHARU memberikan anda pengalaman kereta sewa yang memuaskan. Kami menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk dipilih. Bagi memastikan perjalanan anda lancar dan selesa. Antara kendereaan yang disediakan seperti Perodua Viva, Perodua Myvi, Perodua Bezza. Selain itu,Perodua Alza, Proton Saga, Proton Exora dan banyak lagi.

KERETA SEWA KOTA BHARU bukan sahaja menyediakan khidmat menghantar kereta di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa. Tetapi juga di Stesen Bas Lembah Sireh (berdekatan AEON) dan Stesen Keretapi Tanah Melayu Wakaf Bharu. Begitu juga lokasi sekitar bandar Kota Bharu (dikenankan caj mengikut jarak penghantaran).

KERETA SEWA KOTA BHARU turut dianggotai oleh bebrapa orang RUNNER. Mereka membantu melancarkan urusan sewa kereta anda. Kenderaan akan dihantar tepat pada masanya agar masa perjalanan anda tidak terganggu. Dengan mengamalkan konsep “Keselesaan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami”. Setiap kakitangan di Kereta Sewa Kota Bharu menghormati serta membantu memenuhi kehendak pelanggan.

kereta sewa kota bharu
kereta sewa kota bharu

 TEMPAH KERETA SEWA KOTA BHARU SEKARANG

Kereta Sewa Murah Kota Bharu
Sewa Kereta Murah Kota Bharu.
 Kereta Sewa Airport Kota Bharu.
 Sewa Kereta Airport Kota Bharu.
 Kereta Sewa Kota Bharu.
 Sewa Kereta Kota Bharu .
Kereta Sewa Kelantan
Sewa Kereta Kelantan

Kereta Sewa Murah Kota Bharu memahami kehendak pengunjung yang bercuti ke Negeri Che Siti Wan Kembang ( Kelantan). Kami cadangan tempat menarik di Kelantan. Banyak lokasi menarik tidak kira tempat beriadah dan tempat bersejarah. Ia termasuk tempat makan mahupun tempat berOOTD yang ada di Kelantan.

Di sini, Kereta Sewa Murah Kota Bharu akan cadangkan kepada anda lokasi tempat menarik mengikut daera. Pengunjung dapat merancang perjalanan dengan sebaiknya. Mudah bukan? Tidak perlu lagi anda pening memikirkan tempat mana yang perlu dituju.

Untuk pengetahuan semua, negeri Kelantan memiliki 8 daerah. Ia adalah Daerah Pasir Mas, Daerah Tumpat, Daerah Kota Bharu dan Daerah Tanah Merah. Selain itu, Daerah Kuala Krai, Daerah Pasir Puteh, serta Daerah Bachok. Terdapat juga Daerah Gua Musang dan Daerah Jeli dan Daerah Machang.

Kereta Sewa Murah Kota Bharu bantu anda menyenaraikan tempat menarik di setiap daerah berkenaan. Ok, jangan risau lagi, jom lihat antara lokasi-lokasi menarik yang ada.

 

SENARAI TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Kota Bharu

Pasar Siti Khadijah

Kereta Sewa Kelantan mencadangkan kepada anda untuk ke Pasar Siti Khadijah. ia antara lokasi wajib di Kota Bharu.

Nama ‘Siti Khadijah’ dipilih melambangkan penghormatan kaum hawa, selain itu, kereta sewa kelantan nak bagitahu pasar itu majoriti peniaganya adalah golongan wanita.

 

Pelbagai barangan dan makan boleh diperoleh di sana. Tempatnya sangat luas dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, pasar basah, sayur-sayuran, buah-buahan dan kuih muih. Terdapat juga gerai makan, pelbagai jenis barangan kering dan sebagainya.

 

Tambahan pula, bermacam-macam jenis kuih tradisional Kelantan boleh jumpa.  Antaranya, kuih jalan emas, kuih akok, kuih tahi itik, pulut bakar, dan banyak lagi. Di tingkat dua, ada bahagian premis makanan, anda boleh menikmati pelbagai juadah. Kereta Sewa Kelantan mahu anda rasa sendiri nasi sup dan laksa atau laksam.

 

Selain itu, emas pun ada dijual di pasar Siti Khadijah. Sudah pasti buat golongan wanita rambang mata melihatnya. Kereta Sewa Kelantan yakin anda tidak rugi jika berkunjung ke pasar Siti Khadijah.

lokasi : Pasar Siti Khadijah Kota Bharu

 

Bazar Tok Guru

Kereta Sewa Kelantan pasti anda semua suka dengan Bazar Tok Guru. Di sini anda dapat melihat variasi batik, kain sembahyang dan baju kelawar. Terdapat kain pelikat, kain sarung, tudung bawal, selendang dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, dimaklumkan di Bazar Tok Guru antara kedai yang menjual dengan harga berpatutan. Selain itu tempatnya juga luas dan selesa untuk anda membeli belah.

 

Kereta Sewa Kelantan yakin pasti berjam-jam anda ‘terperangkap’ di dalam bazar ini. Jadi, jangan lupa sediakan duit yang cukup ya. Bukan apa! Takut ada yang gigit jari nanti.

 

Selain itu, anda  digalakkan untuk tawar menawar dengan peniaga. supaya dapat harga yang lebih murah. Mereka  juga menjual pelbagai jenis batik yang murah sehinggalah ratusan ringgit.

 

Untuk mak cik pak cik yang sakit kaki untuk naik tangga. Jangan risau di bazar ini turut disediakam lif. anda boleh  ke bahagian yang mahu dituju. Kereta Sewa Kelantan pasti ia memudahkan anda semua.

 

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Sebut sahaja nama Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Kereta Sewa Kelantan tahu bahawa  anda pasti meletakkan ia lokasi yang wajib dikunjungi.

 

Ia mula dibuka seawal jam 7 malam sehingga jam 12.45 tengah malam. Pasar Malam Wakaf Che Yeh menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Malah lebih menarik lagi apabila di sana kini mula dipenuhi dengan premis baharu. Ia dijadikan butik untuk beg, pakaian, kasut dan sebagainya.

 

Kereta Sewa Kelantan yakin anda tidak bosan di sana kerana tapaknya perniagaan yang agak luas, lebih- lebih lagi apabila pelbagai jenis barangan dijual. Tidak kurang juga gerai-gerai yang menjual makanan. Boleh lah anda mengunyah sambil membeli belah.

 

Berdekatan dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh juga Kereta Sewa Kelantan ingin memaklumkan terdapat banyak hotel untuk dipilih. Ramai sahaja yang suka check in berdekatan pasar Wakaf Che Yeh kerana kawasan parking di situ sedikit sukar apabila menjelang waktu malam.

 

Apa-apa pun, anda wajib merasai sendiri pengalamn di Pasar Malam Wakaf Che Yeh, yang menjadi ‘uptown’ paling popular di Kelantan.

Wakaf che yeh

 

Tambatan Diraja

Kereta Sewa Kelantan tidak terlepas untuk mencadangkan anda melawat ke Tambatan Diraja yang mana sebuah lokasi yang kita boleh beriadah sambil menikmati pemandangan pinggiran sungai Kelantan.

 

Tambahan pula, lebih menarik lagi suasana di Tambatan Diraja pada waktu malam kerana terdapat gerai-gerai dibuka yang menjual pelbagai jenis makanan. Kereta Sewa Kelantan rasa ia sesuai sekali untuk dijadikan port lepak!

 

Malah, terdapat juga perkhidmat jet ski berdekatan Tambatan Diraja, jadi andai ada bajet lebih boleh la cuba ber jet ski di Sungai Kelantan. Suatu pengalaman yang baru!

 

Jangan risau tentang tempat makan di waktu siang kerana di sekitar Tambatan Diraja turut terdapat restoran serta kedai makan yang menyediakan makanan yang boleh membangkit selera anda!

 

Kereta Sewa Kelantan juga ada ramai pelanggan yang berkongsi keterujaan mereka untuk berada di sana terutama pada waktu malam.Tambatan diraja

 

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Kereta Sewa Kota Bharu juga terkejut apabila mengetahui bahawa tempat ini turut dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Tidak kisah lah apa nama sekali pun, yang pasti PCB antara tempat yang best untuk dikunjungi.

 

Pantai yang dilengkapi benteng serta disediakan ruang untuk kita duduk santai bersama teman-teman, malah pengunjung sangat ramai terutama pada waktu petang. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cut sekolah, susana di sana meriah sekali.

 

Kereta Sewa Kelantan tertarik juga dengan gerai di sepanjang pantai ini yang menjual aneka makanan seafood sert ‘cucuk-cucuk’ celup tepung. Dihidangkan pula dengan air kelapa segar, betul-betul membangkit selera!Pantai Cahaya Bulan

 

Masjid Ar Rahman Pulau Gajah

Lokasi masjid ini agak terpencil namun hanya 15 minit sahaja daripada Airport Kota Bharu, iaitu di Kampung Pulau Gajah, Sabak.
Kereta Sewa Kelantan yakin anda akan teruja melihat seni bina masjid yang menerapkan gabungan binaan empat negara iaitu Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki.

Masjid ini dikelilingi dibina di kawasan muara sungai selain dipenuhi dengan keindahan flora dan fauna, sekali gus memberikan pemandangan yang sangat indah. Kereta Sewa Kelantan pasti ia adalah lokasi terbaik untuk bergambar kenang-kenangan sambil anda berehat seketika untuk beribadat.

Kereta Sewa Kelantan sendiri berpeluang ke masjid itu dan teruja melihat longkang dan parit yang ada disekelililing masjid dipenuhi ikan berwarna warni. Suatu idea yang baik yang secara tidak langsung mencantikkan lagi masjid berkenaan.

Kereta Sewa Kelantan dimaklumkan masjid ini mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa dan dibina pada 2016 dengan kos RM6 juta serta memakan masa dua tahun untuk disiapkan.

Jangan lepaskan peluang ke lokasi yang dicadangkan oleh Kereta Sewa Kelantan iaitu di Masjid Ar Rahman Pulau Gajah!Masjid Ar Rahman Pulau Gajah

Min House Camp

Ok, seterusnya Kereta Sewa Kelantan mencadangkan anda untuk ke Min House Camp, Kubang Kerian, jika sampai di Kelantan.

Di sini anda seolah-olah berada dalam suasana perkampungan dan alam semula jadi. Dari Kota Bharu, perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sebelum anda perlu melalui jalan kampung untuk sampai ke lokasi ini.

Kereta Sewa Kelantan difahamkan konsep ekopelancongan di sini menarik minat ramai pelancong di luar negara terutama dari Eropah yang ingin merasai pengalaman menginap di sini.

Di sini terdapat pelbagai aktiviti utama yang boleh dijalankan termasuk berpeluang menelusuri keindahan flora dan fauna di sekitar Sungai Lubok Durian dengan berkayak.

Pada sebelah malam, pengunjung dibawa melihat kelip-kelip di kawasan sekitar. Uniknya kelip-kelip di sini sama seperti di Kuala Selangor!

Waze sahaja Min House Camp dan anda akan sampai ke destinasi ini, Kereta Sewa Kelantan pasti anda akan teruja dengan banyak lagi aktiviti yang disediakan di sana.

Bazar Karat Kota Bharu.

Jangan ingat JB sahaja ada bazar karat kerana di KB juga terdapat bazar karat yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, serta barangan bundle yang menarik.

Kereta Sewa Kelantan cadangkan anda untuk meluangkan masa di bazar karat KB pada hujung minggu kerana dapat melihat dan merasai sendiri kemeriahan di sana.

Lokasi ini seakan-akan pasar wakaf che yeh tetapi lebih selesa dan santai selain lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar KB bersebelahan sahaja dengan Pasar Siti Khadijah.

Di sini juga terdapat deretan warung untuk anda berehat sambil minum air atau makan masakan panas yang pasti mengiurkan. Kereta Sewa Kelantan jamin tidak rugi jika anda ke sana.

Kalau anda pandai tawar menawar, pasti dapat membeli belah dengan harga murah. Kereta Sewa Kelantan anda menyukai tempat ini!

Bazar Karat Kota Bharu.

 

Kampung kraftangan Kelantan

Lokasi ini menarik sekali kerana disini terdat binaan sebuah rumah besar yang kebanyakan binaan di Kampung Kraftangan ini diperbuat daripada kayu yang seolah-olah membawa ada kembali ke zaman dahulu.

Kereta Sewa Kelantan suka lokasi ini kerana
terdapat pelbagai jenis barang kraftangan yang dijual. Dari keychain, fridge magnet, kerusi kayu, buaian kayu, bubu dan macam-macam lagi benda yang menarik. Kalau anda jenis suka barang-barang kraftangan, boleh lah datang ke sini.

Rumah yang tersergam indah itu mempunyai dua tingkat dan jika anda naik ke tingkat atas Kampung Kraftangan ini, anda boleh lihat terdapat kelas yang diadakan contohnya kelas melukis untuk kanak-kanak.

Lebih menarik lagi di dalam Kampung Kraftangan ini terdapat sebuah kedai makan yang sangat femes iaitu restoran Nasi Ulam Cikgu yang menyediakan aneka lauk pauk tradisional yang pasti mengiurkan.

Jadi sambil anda berkunjung ke Kampung Kraftangan, boleh lah menjamu selera sekali. Kereta Sewa Kelantan yakin anda tidak akan menyesal!

Kampung kraftangan Kelantan

 

Pasar Terapung Pengkalan Datu

Terletak di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai ‘Pasar Tani Pelancongan’. Hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Bandar Kota Bharu.

Kereta Sewa Kelantan difahamkan pasar ini hnya beroperasi pada hari Sabtu dan dibuka bermula pukul 8:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari. Makanan dan barangan boleh dapatkan di sini selain pengunjung gemar mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar.

Aktiviti menarik juga boleh dilakukan seperti proses membuat wau dan gasing serta berpeluang untuk menaiki bot yang meninjau panorama di sekitar sungai Pengkalan Datu. Kereta Sewa Kelantan sendiri tertarik dengan aktiviti yang ada

Nak ke sana senang saja, waze sahaja dan anda akan sampi ke destinasi ini. Jangan lupa bergambar kerana setiap memori Perlu diabadikan sebaiknya.

 

Muzium Negeri Kelantan

Kereta Sewa Kelantan mencadangkan anda untuk lebih mengenali tentang negeri Che Siti Wan Kembang dengan mengunjungi Muzium Negeri Kelantan yang mana terdapat pelbagai jenis peralatan serta cerita-cerita menarik bila berada di sana.

Adat, budaya dan cara hidup orang Kelantan akan dapat didalami dengan melawat muzium berkenaan dan Kereta Sewa Kelantan pasti anda akan tertarik dengan pelbagai pamerna yang diadakan.

Terdapat pelbagai replika alatan serta gambaran diberikan seperti replika gua-gua bersejarah di Kelantan, sudut pameran dikir barat, sudut pameran wayang kulit, sudut pameran wau Kelantan, sudut permainan congkak, koleksi alat muzik kelantan sudut pameran silat melayu, koleksi alat muzik tradisional rebana ubi dan Diorama permainan tradisional rakyat Kelantan.

Kereta Sewa Kelantan difahamkan muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.45 petang. Satu lagi yang menarik, biasanya di muzium ini juga mengadakan pameran serta ‘event’ yang menarik, mana tahu waktu anda bercuti ke sama ada program yang menarik untuk anda!

Bank Kerapu

Alang-alang dah ada di Bandar Kota Bharu boleh lah ambil peluang untuk mengunjungi Bank Kerapu. Kereta Sewa Kelantan yakin anda mesti pelik mendengar namanya kan?

Sebenarnya masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.

Kereta Sewa Kelantan difahamkan bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak.

Jadi jangan lupa untuk melawat sendiri Bank Kerapu supaya dapat melihat seni bina unik yang ada padanya. Boleh lah ber’ootd’ sekali depan Bank Kerapu untuk tontonan di media sosial anda.

 

Kota Bharu Wall Art

Lokasi kali ini memang pilihan tepat untuk dikunjungi terutama bagi golongan muda yang suka bergambar dan meng’upload’nya di media sosial iaitu Kota Bharu Wall Art yang terletak di tengah bandar kota Bharu.

Pelbagai lukisan menarik yang pasti memukau mata anda terutama membabitkan lukisan 3D yang jelas menampilkan kreativiti pelukisnya. Kereta Sewa Kota Bharu sentiasa mempromosikan lokasi ini kerana anda boleh lebih mengenali budaya Kelantan melalui lukisan.

Pelbagai peralatan tradisional, permainan masyarakat zaman dahulu kala diabadikan pada dinding konkrit sekali gus menghidupkan suasana sebenar khas buat pengunjung ke situ.

Waze sahaja Kota Bharu Wall Art, Kereta Sewa Kelantan yakin anda menemui lokasinya. Jangan lepaskan peluang untuk ke sana ya

DAERAH PASIR MAS

 Pekan Rantau Panjang

Pekan Rantau Panjang adalah zon bebas cukai yang terkenal sebagai pusat memeli belah tidak kira lah, pakaian, kasut, periuk belanga, kekacang, jersi, cadar, tikar dan bermacam-macam barangan lagi

Lokasinya juga bersebelahan sahaja dengan negara Thailand hanya dipisahkan dengan sebatang sungai. Jadi kalau nak tgk sendiri negara Thailand dalam jarak yang dekat, Kereta Sewa Murah Kota Bharu sarankan anda untuk datang ke Rantau Panjang.

Selain untuk shopping, Rantau Panjang turut terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap termasuk berunsur makanan Siam seperti Mee Celup, Somtam, Lokcing, pelbagai jenis kerabu dan banyak lagi. Kereta Sewa Murah Kota Bharu yakin anda pasti berpuas hati sebaik tiba ke Rantau Panjang.

Masjid Beijing, Rantau Panjang

 

Masjid Beijing adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang dibina indah seperti Masjid Niujie yang berusia leboh 1,000 tahun di Beijing, China. Selain fokus untuk menunaikan solat, boleh lah anda bergambar kerana reka bentuk masjid yang unik dan menarik seakan-akan masji asli di China.

Lokasi Masjid Beijing ini tidak jauh daripada Pekan Rantau Panjang, sekali gus memudahkan anda untuk merancang perjalanan. Kereta Sewa Murah Kota Bharu turut dimaklumkan bahawa banyak program serta aktiviti keagamaan dijalankan di masjid berkenaan oleh ahli jawatankuasa masjid.

Selain pengunjung tempatan, masjid ini juga turut menjadi tumpuan pelancong luar negara termasuk daripada China, Korea, Australia dan banyak lagi. Pelancong datang kerana tertarik dengan seni bina selain untuk mngetahui tentang Islam melalui masjid berkenaan.

Pasar Tasek Raja

Kereta Sewa Murah Kota Bharu mencadangkan anda untuk ke Pasar Tasek Raja ini pada waktu pagi, sesuai untuk mencari makanan Breakfast. Di sini anda boleh dapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan dengan harga RM1 sahaja untuk satu plastik, murah bukan?

Selain itu, yang menarik lagi untuk Breakfast di sini ialah Nasi Sup Daging Bakar!..Terdapat banyak premis di dalam pasar yang menjual menu yang sama, jangan risau semuanya menyajikan makanan yang sedap. Kereta Sewa Murah Kota Bharu yakin anda pasti teringat-ingat kesedapan sup daging yang hangat bersama daging bakar serta sambal yang membagkit selera.

Selesai sahaja makan, anda boleh membeli belah di salah satu bahagian premis yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, tikar mengkuang, aneka periuk belanga dan bermacam-macam lagi. Tidak rugi untuk anda ke Pasar Tasek Raja jika ke Kelantan.

Kedai Laksam Kak Za

Bagi pengunjung yang datang ke Kelantan wajib untuk mencuba laksam dan laksa kuah lemak yang menjadi antara makanan tradisional di negeri ini. Kereta Sewa Murah Kota Bharu mencadangkan anda salah satu kedai terbaik yang ada di Pasir Mas ini. Mudah sahaja untuk mencari lokasi berkenaan yang terletak di jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah.

Mereka menyediakan laksam dan laksa istimewa dengan tambahan serunding daging dan telur puyuh. Kombinasi berkenaan ternyata membangkitkan selera selain disajikan dengan kuah ikan yang sangat sedap cukup dengan rasa masin dan manisnya. Justeru, lokasi kedai ini adalah yang terbaik untuk anda jadikan persinggahan bagi mengalas perut.

Kereta Sewa Murah Kota Bharu pasti anda akan bersetuju bahawa laksam dan laksa di lokasi ini adalah antara yang terbaik pernah dirasa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kesana bila ada di Kelantan!

DAERAH TANAH MERAH

Bukit Panau

Bagi pengunjung yang mencari tempat untuk riadah dan hiking boleh sahaja ke Bukit Panau, Tanah Merah yang mana lokasinya bersempadan dengan jajahan Pasir Mas. Ia kini semakin popular dalam kalangan peminat hiking namun track nya tidak lah terlalu ekstrem sepert mana bukit-bukit yang lain. Kereta Sewa Murah Kota Bharu difahamkan pendakian ke sini santai-santai sahaja sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Ramai yang meninggalkan ‘review’ positif selepas berkunjung ke sana yang mana rata-rata memberitahu pemandangan di puncak Bukit Panau sangat cantik dengan pemandangan sawah yang menarik. Segala penat dan lelah mendaki bagaikan hilang begitu sahaja sebaik sampai ke puncak.

Justeru, bagi pengunjung yang datang ke Kelantan dalam tempoh yang lama dan ada masa untuk mendaki, boleh la cuba pengalamanb hiking di Bukit Panau! Dapatlah tambahkan list lokasi menarik yang pernah anda jejaki.

Lata Hujan

Lata Hujan atau turut dikenali sebagai Taman Rekreasi dan Air Terjun Lata Hujan terletak di Gual Ipoh, Tanah Merah. Kereta Sewa Murah Kota Bharu suka untuk mencadangkan lokasi ini kerana suasanya yang indah serta tenang dengan deruan air terjun serta aliran air yang sejuk sesuai untuk bermandi manda. Lata Hujan adala destinassi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak.

Kereta Sewa Murah Kota Bharu difahamkan bahawa terdapat juga gelongsor serta kemudahan lain yang sesuai untuk Wham-O name, malah terdapat kawasan air yang cetek untuk kanak-kanak bermandi manda tanpa risau berlaku insiden yang tidak diingini.

Namun begitu, pada bahagian atas Lata Hujan juga terdapat port yang sangat cantik sesuai untuk pengunjung dewasa. Perjalanan dari aras bawah ke atas bukit itu mengambil masa selama 20 sehingga 30 minit merentasi belukar dan caruh air terjun. Kedengaran agak menarik untuk dilakukan bersama rakan-rakan, jadi janganlah lepaskan peluang untuk ke Lata Hujan.

*Jambatan Guilemard, Kampung Kusial Baru*

Jambatan Guilemard adalah antara lokasi bersejarah yang menarik untuk dilawati apabilah berada di Tanah Merah, Kelantan. Jambatan ini adalah jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Ramai antara pengunjung yang datang kesini untuk bergambar selain melihat sendiri keunikan jambatan terbabit yang berusia hampir 100 tahun.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan Jambatan Guilemard susulan tidak mendapat liputan meluas. Namun dengan bantuan informasi daripada Kereta Sewa Murah Kota Bharu diharap dapat memberi pengalaman baru buat anda. Jangan lupa jadi antara pengunjung yang terawal dalam mendedahka lokasi menarik ini kepada kenalan media sosial anda.

Untuk pengetahuan juga, jambatan ini kedua tertua di negara ini selepas Jambatan Victoria di Perak. Oh! suka juga untuk Kereta Sewa Murah Kota Bharu menasihatkan anda untuk berhati-hati kerana jambatan ini merentasi Sungai Kelantan.

DAERAH TUMPAT

Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor adalah salah satu lokasi yang menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan negara jiran, Thailand dan menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aneka periuk belanga, makanan beunsurkan Siam, pelbagai jenis beras, buah-buahan dan banyak lagi.

Ramai antara pelanggan Kereta Sewa Murah Kota Bharu menjadikan lokasi ini sebagai destinasi utama bila ke Kelantan untuk tujuan membeli belah. Tambahan pula, sepanjang perjalanan ke Pengkalan Kubor anda akan melalui pemandangan pantai yang indah seperti di Pantai Sri Tujuh atau Pantai Genting. Terdapat juga banyak aktiviti di pantai terbabit seperti menaikkemudfahkabi ATV, menunggang kuda, bermain layang-layang serta sukan air.
Jika anda kali pertama datang ke Kelantan, jangan risau, guna sahaja kemudahan waze atau google maps untuk ke lokasi yang Kereta Sewa Murah Kota Bharu cadangkan ini. Banyak sebenarnya tempat menarik di Tumpat yang boleh anda terokai!

Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh adalah sebuah pantai yang indah dengan tanah pasir yang luas dan rata sekali gus memnbolehkan pelbagai aktivit menarik dijalankan. Antaranya seperti aktiviti berkhemah, bermain wau, bola tampar dan lokasi ini juga turut menjadi tempat penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa.

Kereta Sewa Murah Kota Bharu difahamkan bahawa Pantai Sri Tujuh akan dipenuhi dengan ramai orang pada sebelah petang. Jadi, kalau nak rasai kemeriahan di pantai, bolehlah datang pada waktu petang. Selain itu, banyak juga fasiliti lain yang terdapat di sana untuk kemudahan orang awam seperti taman permainan, tandas, restoran, dewan serbaguna malah terdapat juga beberapa chalet jika anda mahu bermalam.

Chalet atau resort di pantai berkenaan berkonsepkan terapung, mungkin ada kaum lelaki yang suka memancing jangan lah lupa bawang batang pancing sekali ya. Boleh memancing hanya dari dalam resort tempat anda menginap, menarik bukan?

Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah dan Abe Loh 

Ikan Bekok atau dalam bahasa yang mudah difahami adalah ‘ikan bengkak’ yang mana sangat sinonim dalam kalangan masyarakat Kelantan. Ia seakan-akan ikan pekasam namun rasa dan aromanya lebih ‘menyengat’ dan memikat selera bila dimakan bersama nasi panas dan ulam ulaman. Anda juga boleh membelinya bungkus untuk dibawa pulang, jangan lupa pastika is disimpan didalam bekas yang tertutup rapi supaya tidak berbau di dalam kereta

Terdapat beberapa jenis ikan bekok yang anda boleh pilih seperti ikan gelama, ikan kekek dan ikan cencaru. Jika anda orang luar Kelantan wajib untuk mencuba menu ini, barulah lengkap percutian anda ke Kelantan. Kereta Sewa Kota Bharu turut dimaklumkan bahawa kedai makan ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dalam negara tetapi juga luar negara.

Dalam perjalanan ke lokasi kedai ini juga anda boleh merasai suasanan indah di sepanjang pantai yang ada sekali gus dapat mengambil peluang merakam gambar sebagai kenang-kenangan.

DAERAH JELI

Lalang’s Chalet

Jika anda mencari lokasi yang tenang dari hiruk pikuk kota, Lalang’s Chalet adalah pilihan yang tepat. Ecopark berkonsepkan igloo dan pelbagai fasiliti terbaik dikelilingi air terjun dan hutan. Apa yang lagi menarik, ada juga restoran Lailan dan Majnun yang menyediakan masakan Thailand dan Chinese yang menarik dan sedap.

Lokasi Lalang’s Chalet juga sangat mudah untuk dicari, yang mana lorong ke destinasi ini hanya di depan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli. Kalau tak jumpa juga jangan risau, Waze dan Google Maps kan ada. Jika anda berminat untuk bermalam di sana, jangan lupa hubungi pengurusan chalet dahulu kerana bimbang sudah penuh, lagi-lagi pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Untuk tidak men ‘confuse’ kan anda lokasi ini juga dikenali sebagai Lata Keding atau Bukit Kudung. Jangan lepaskan peluang untuk bermandi manda di air terjun yang jernih dan sejuk. Kereta Sewa Kota Bharu pasti anda akan lupa segala masalah dan tekanan di tempat kerja. Lalang’s Chalet bakal menjadikan percutian anda ke Kelantan lebih best dan bermakna.

Gunung Reng

Gunung Reng adalah lokasi menarik yang dikelilingi gua batu kapur penuh misteri selain terdapat sungai yang sangat cantik dengn aliran air jernih yang menyejukkan. Ia berbentuk sebuah batu besar yang tirus kebawah, kukuh terpacak di atas tanah bersama misteri masyarakat Kampung Tala yang dikatakan terbenam di bawah gunung ini. Tolak ketepi sahaja misteri yang ada pada lokasi ini kerana yang penting anda perlu datang sendiri melihat keunikan gunung terbabit.

Sebenarnya sejarah Gunung Reng ini agak menarik untuk diterokai, anda google sahaja berkaitan sejarah lokasi ini kerana banyak blogger yang menulis tentang kisah di sebalik keindahan ini. Kereta Sewa Murah Kota Bharu juga dimaklumkan bahawa tempat ini turut dijadikan lokasi riadah untuk bermandi manda dan berkhemah tidak kira dengan rakan-rakan mahupun keluarga.

Keindahan gunung ini bertambah menarik dengan adanya inisiatif Majlis Daerah Jeli yang membina pelbagai kemudahan seperti pondok rehat, gerai jualan, taman permainan kanak-kanak, tandas dan juga masjid untuk kemudahan orang ramai.

 

10 HOTEL/PENGINAPAN PILIHAN DI KOTA BHARU

Setiap pelancong yang merancang perjalanan ke mana-mana destinasi pelancongan pasti sukar memikirkan lokasi penginapan yang menjadi perkara utama sebelum percutian dimulakan.

 

Ada masanya kita sukar menggambarkan suasana atau kedudukan lokasi sesebuah penginapan terutama di kawasan yang tidak pernah kita jejaki, namun begitu sudah terdapat banyak penerangan melalui laman web dan sebagainya. Selain itu, Kereta Sewa Kota Bharu turut mencadangkan kepada anda untuk terus menelefon kepada pihak hotel untuk mendapatkan pencerahan lebih terperinci.

 

Di sini Kereta Sewa Kota Bharu juga mencadangkan beberapa pilihan penginapan yang ada di Kota Bharu agar percutian anda bukan sahaja menjadi lebih lancar tetapi juga tersusun dengan baik.Tambahan pula, terdapat banyak penginapan di Kota Bharu, bermula dari hotel bajet sehingga ke hotel mewah yang menjadi pilihan untuk anda.

 

Yang pasti Kereta Sewa Kota Bharu akan memberikan lokasi penginapan terbaik buat anda agar percutian di negeri Che Siti Wan Kembang memberi suatu pengalaman terbaik.

Ini adalah antara lokasi penginapan yang dicadangkan oleh Kereta Sewa Kota Bharu:

Book now

HOTEL PERDANA

Kereta Sewa Kota Bharu pasti anda menyukai hotel ini yang menjadi antara penginapan mewah yang ada di bandar Kota Bharu. Bukan sahaja mempunyai bilik yang besar, selesa dan mewah, malah lokasinya strategik yang mana berdekatan dengan stadium Sultan Muhammad IV dan Bazar Tok Guru.

 

Selain itu, Kereta Sewa Kota Bharu juga mencadangkan hotel ini kerana jaraknya hanya 10 minit pemanduan untuk ke Pasar Siti Khadijah. Malah hotel ini dikatakan yang paling ‘top’ di negeri ini yang biasa menjadi pilihan orang ternama jika berada di Kelantan.

 

Selain dikenali kerana mempunyai kolam renang yang luas, Hotel Perdana juga terkenal dengan set Breakfast yang sedap dan menyelerakan. Kereta Sewa Kota Bharu sendiri mempunyai pengalaman bersarapan pagi di sana, yang menyediakan banyak pilihan menu seperti nasi kerabu, nasi dagang, variasi nasi goreng, kuih muih dan minuman yang mana pasti rambang mata anda dibuatnya!

 

Hotel Perdana beralamat di Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan dan boleh dihubungi di talian  097458888 untuk sebarang pertanyaan. Jarak Hotel Perdana ke Lapangan Terbang Sultan Ismail mengambil masa selama 20 minit.

Facebook: Lokasi: Website

Book now

HOTEL THE GRAND RENAI

Penginapan kedua yang dicadangkan oleh Kereta Sewa Kota Bharu adalah Hotel The Grand Renai Kota Bharu yang mana bangunanya bukan sahaja yang gah berdiri di bandar Kota Bharu tetapi turut berkongsi lokasi dengan sebuah pusat membeli belah terkenal iaitu Pasar Raya Billion.

 

Tambahan pula, di sini juga menyediakan pelbagai pilihan bilik dengan harga berpatutan selain mempunyai kafe yang menyediakan menu hidangan yang sedap dan menarik. Kereta Sewa Kota Bharu juga dimaklumkan hotel ini menyediakan set DimSum yang menyelerakan selain pakej Hi-Tea, namun begitu, untuk maklumat lanjut tentang pakej berkenaan anda boleh menghubungi pihak hotel terbabit.

 

Selain itu, di sini turut mempunyai kolam renang yang luas, Kereta Sewa Kota Bharu yakin hotel ini menjadi antara pilihan anda untuk dijadikan sebagai penginapan di Kota Bharu nanti, lebih-lebih lagi jarak hotel The Grand Renai daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail hanyalah  9 kilometer.

 

Jangan risau, hotel ini dekat sahaja dengan destinasi pelancongan di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Bazar Buluh Kubu, Pasar Wakaf Che Yeh, Kampung Kraftangan, Menara Rehal, dan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

 

Hotel The Grand Renai beralamat di Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra Kota Bharu 15150, Kelantan atau boleh dihubungi di talian 097462233.

Lokasi:  Website :

Book now

Hotel Grand Riverview

Kereta Sewa Kota Bharu suka untuk mencadangkan anda hotel Grand Riverview yang bukan sahaja menjadi antara penginapan terkenal di Kelantan, tetapi turut menyajikan pemandangan Sungai Kelantan selain berdekatan dengan banyak lokasi pelancongan.

 

Selain itu, di sini juga dapat memberi pengalaman berada di hotel yang mewah, lokasi penginapan ini juga berdekatan dengan dataran Ridel yang ‘hidup’ pada sebelah malam. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kereta Sewa Kota Bharu yakin anda menyukai suasana di situ sambal menghirup udara segar disamping dibuai angin malam Sungai Kelantan.

 

Hotel ini juga berdekatan dengan Tambatan Diraja yang mana Kereta Sewa Kota Bharu dimaklumkan turut menyediakan khidmat menaiki bot serta jet ski mengelilingi Sungai Kelantan. Apa- apa pun anda boleh sahaja menghubungi pihak hotel berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut akan perkhidmatan yang disediakan.

 

Jarak antara hotel ini dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ialah 10 kilometer sahaja.
Alamat hotel Grand Riverview di Jalan Pos Ofis Lama, 15000 Kota Bharu Kelantan dan boleh dihubungi di talian 097439988.

Lokasi:  Website:

Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Ramai antara pelanggan Kereta Sewa Kota Bharu memaklumkan antara loaksi utama mereka ke Kelantan adalah Pasar Wakaf Che Yeh. Oleh itu, Holiday Villa Hotel & Suites ini yang paling sesuai dijadikan lokasi penginapan buat anda kerana jaranya yang terlalu dekat dengan pasar malam itu.

 

Anda hanya berjalan kaki melintas laluan pejalan kaki untuk ke Pasar Wakaf Che Yeh! Mudah kan? Selain itu, hotel ini juga menyediakan bilik yang selesa dengan sajian Breakfast menyelerakan. Lokasinya di pinggir bandar Kota Bharu namun dekat sahaja dengan destinasi pelancongan yang ada.

 

Kereta Sewa Kota Bharu yakin anda pasti menyukai penginapan di sini sekali gus memberi suatu pengalaman terbaik buat anda semua. Penginapan ini juga turut mempunyai kolam renang Indoor, jadi boleh lah anda dan keluarga bermandi manda sejukkan diri selepas penat berjalan-jalan
Jarak antara hotel dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail ialah 14 kilometer dengan anggaran masa 23 minit.

 

Holiday Villa Hotel & Suites beralamat di Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu Kelantan dan boleh dihubungi melalui talian 097474004.

Lokasi:   Website:

HOTEL H ELITE

Kereta sewa kota bharu mencadangan juga kepada anda Hotel H Elite yang menyediakan kolam renang di atas bumbung dengan pemandangan hijau kerana dikelilingi kawasan padi yang pasti menenangkan anda. Lokasinya yang jauh sedikit daripada kesibukan bandar, pasti memberikan anda keselesaan dan kedamaian.

Jarak hotel ini hanya 5 minit daripada Pasar malam wakaf che yeh dan 15 minit dari bandar Kota Bharu . Anda juga berpeluang menginap di dalam bilik dengan kelengkapan serba baru memandangkan hotel ini antara yag paling baru dibuka di Kota Bharu. Kereta sewa kota bharu baru pasti ramai yang suka akan hotel ini.

 

Kereta sewa kota bharu kongsikan dengan anda alamat Hotel H elite iaitu di Bandar Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010, Kota Bharu Kelantan dan boleh dihubungi melalui talian 097405757.

JEWELS HOTEL

Jika anda mahu rasai kemeriahan malam di Kota Bharu, Kereta sewa kota bharu mahu anda memilih Jewels hotel sebagai penginapan pilihan.

Lokasinya yang terletak di tengah bandar selain perkarangan hotel dijadikan sebagai ‘uptown’ yang menjual pelbagai pilihan pakaian serta makanankereta sewa kota bharu juga yakin anda pasti terhibur dengan nyanyian kumpulan band yang akan membuat persembahan di perkarangan berkenaan. Kemeriahan hotel berkenaan pasti memberi pengalaman menarik buat anda.

Selain itu, Kereta sewa kota bharu juga dimaklumkan kafe di Jewels hotel turut menyediakan pilihan menu makanan yang menyelerakan dengan harga berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi? Pilihlah Jewels hotel sebagai lokasi penginapan anda.

Alamat Jewels hotel ialah di Seksyen 11, Jalan Maju, 15000 Kota Bharu Kelantan dan boleh dihubungi di talian 097474788.

CROWN GARDEN HOTEL

Crown Garden Hotel boleh dijadikan antara ‘list’ penginapanuntuk anda bila ke Kota Bharu. Kereta sewa kota bharu mencadangkan hotel ini kerana lokasinya yang strategik di tengah bandar.

Dengan hanya berjalan kaki anda boleh ke Pasar Siti Khadijah yang terkenal di Kelantan selain ia berdekatan dengan kedai makan menarik di Kota Bharu. Hotel ini juga berdekatan dengan restoran makanan segera KFC dan kedai minuman TEALIVE.

Jaraknya dengan Lapangan Sultan Ismail Petra hanya 15 minit sahaja. Selain itu, hotel ini juga turut menyediakan parkir khas buat pelangganya jadi anda tidak perlu bimbang akan parkir yang terhad sebagai mana di sesetengah hotel.’

Di sini Kereta sewa kota bharu kongsikan kepada anda alamat Crown Garden Hotel di Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu 15300 Kelantan dan boleh dihubungi di talian 097432228.

RIDEL HOTEL

Penginapan ini memberi suasana meriah pada waktu malam kerana terdapat Dataran Ridel yang bukan sahaja menjadi lokasi lepak malah menyediakan gerai makanan yang menarik dan menyelerakan. Kereta Sewa Kota Bharu berpengalaman merasai makanan popular di situ seperti Char Kue Teow, Roti Tempayan dan dimsum.

Kereta Sewa Kota Bharu juga memaklumkan kepada anda bahawa lokasi Ridel Hotel adalah berhadapan dengan Tambatan Diraja dan sangat dekat dengan Dataran Rehal yang mana menjadi antara destinasi tumpuan pelancong bila datang ke Kota Bharu.

Pada sebelah pagi, dengan hanya berjalan kaki anda boleh bersarapan di salah satu kedai makan popular iaitu White House. Jangan lupa untu memmesan roti bakar dengan kaya yang dibuat sendiri dan kopi kaw yang pasti menyelerakan anda.

Kereta Sewa Kota Bharu kongsikan lokasi hotel ini iaitu di Jalan Pasar Lama, Bandar Kota Bharu 15000 Kelatan atau boleh dihubungi di talian 097477000.

TUNE HOTEL

Lokasi Tune Hotel adalah bersebelahan dengan salah satu pusat membeli belah terkenal di Kota Bharu iaitu KB Mall. Ia sebuah hotel bajet dengan kedudukan yang agak strategik dan memudahkan anda memilih restoran atau kedai makan untuk mengisi prut yang lapar.

Malah, pilihan hotel yang dicadangkan Kereta Sewa Kota Bharu ini berhadapan dengan kedai kopi mahal STARBUCK! Jadi jika anda mahu berada di hotel sambal menikmati minuman itu tidak lagi menjadi masalah.

Tune Hotel beralamat di KBCC, Jalan Hamzah 15050 Kota Bharu Kelantan dan boleh dihubungi di talian 097443822.

PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) RESORT

PCB Resort satu-satunya pilihan penginapan tepi pantai yang ada di Kota Bharu. Kereta sewa Kota Bharu menyarankan untuk bermalam di PCB Resort jika anda mahukan pengalaman bermalam sambal mendengar deruan ombak.

Selain itu, PCB Resort turut menyediakan set untuk BBQ yang biasa menjadi pilihan pelanggan yang datang dalam jumlah yang ramai atau untuk menyambut hari keluarga. Kereta Sewa Kota Bharu percaya ia akan meninggalkan suatu memori tebaik buat anda di sana.

Kereta Sewa Kota Bharu juga yakin anda akan menyukai suasana malam di sana yang dipenuhi dengan ramai pengunjung terutama pada waktu malam. Deretan kedai yang menyediakan pelbagai jenis makan laut serta ‘cucuk-cucuk’di luar Kawana resort juga pasti memikat selera anda.

Alamat PCB Resort ialah di Pantai Cahaya Bulan, 15710 Kota Bharu Kelantan atau boleh dihubungi di talian 0104228622.

CARIAN POPULAR HOTEL KOTA BHARU

KEDAI MAKAN MENARIK KOTA BHARU

KEDAI KOPITIAM KITA

Kereta sewa kota bharu mencadangkan kedai makan ini untuk SARAPAN PAGI. Kedai Kopitiam kita sememangnya lokasi tempat makan yang popular di Kelantan yang menjadi destinasi wajib bagi mana-mana pelancong yang berkunjung ke Kota Bharu.

Menyediakan pelbagai jenis juadah seperti Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Nasi Tumpang, Nasi Lemak dan Nasi Kerabu yang siap dibungkus. Anda hanya perlu pilih sahaja tidak perlu menunggu lama. Selain itu Kereta sewa kota bharu sendiri tertarik dengan variasi kuih muih yang ada di kedai ini , pastinya memikat selera anda semua.

Tetapi ingat! Menu utama di sini adalah Roti Titab yang disajikan dengan kaya homemade! Roti Titab adalah yang wajib anda pesan, dipadankan pula dengan kopi kaw yang manambah selera anda. Kereta sewa kota bharu yakin anda akan menyukai Kedai Kopitiam Kita.

Mungkin jika ke kedai ini Ketika cuti sekolah agak sesak dengan orang ramai, tetapi jangan khuatir kerana pemiliknya menyediakan ruang yang luas serta meja yang banyak untuk anda. Lagipu, tak rugi tunggu lama demi makanan yang enak dan sedap bukan?

Anda boleh hubungi Kedai Kopitiam Kita di talian 0199810888 untuk maklumat lanjut.

Book now

NASI KAKWOK JJ (JAROH JANGOK) BAWAH LEMBAH KOTA BHARU

 

Nasi kakwok jj

Kereta sewa kota bharu mencadangkan kedai makan ini untuk SARAPAN PAGI. Jika anda mengidam nasi dengan berlaukkan ayam goreng rangup bersama kuah gulai yang sedap ditambah sambal belacan yang memikat selera, pastinya NASI KAKWOK JJ adalah pilihan yang tepat!

sendiri merasakan nasi kakwook di kedai ini adalah yang terbaik di Kota Bharu dan anda pasti akan bersetuju dengan Kereta sewa kota bharu sebaik merasainya sendiri. Kedai ini tidak mneyediakan menu lain, hanya memfokuskan kepada nasi kakwook dan mungkin ia menjadi alasan kukuh mengapa menu berkenaan sangat sedap dan istimewa di kedainya.

Mesti anda tertanya-tanya siapa itu Jaroh Jangok (Zaharah Lawa)? Sebenarnya Kereta Sewa Kota Bharu juga tidak pasti siapa dia sebenarnya. Tetapi jika anda ke kedai ini, anda akan dapat melihat seorang makcik yang suka berhias akan duduk di salah satu meja makan. Jika mahu membayar, anda perlu Kereta sewa kota bharu syak dialah Jarah Jangok! Untuk dapat lebih kepastian apa kata anda yang berkunjung ke kedai berkenaan bertanya nanti! Jangan lupa update kepada Kereta Sewa Kota Bharu nanti.

Satu lagi Kereta Sewa Kota Bharu nak pesan jika makan di situ jangan lupa pakai sudu garpu ya kerana bau sambalnya yang sedap itu pasti melekat sehariann di tangan! Yang pasti, sambal belacan dia adalah yang terbaik.

Book now

ANUM AYAM KAMPUNG MADU

 

Anum Ayam Kampung Madu

Kereta Sewa Kota Bharu mencadangkan kedai makan ini untuk SARAPAN PAGI. Rugi rasanya jika anda ke Kota Bharu dan tidak merasa nasi ayam kampung madu di kedai ini. Tidak boleh diterangkan bagaimana sedapnya ia, melainkan anda sendiri mencubanya.

Dihidangkan dengan dua ketul ayam bagi setiap pelanggan beserta kuah gulai dan acar timun,ia pasti mengiurkan anda semua. Hanya perlu masuk dan duduk, pekerja kedai akan menghantar terus makanan anda berdasarkan jumlah kumpulan anda yang ada.

Di sini juga turut menjual aneka kuih muih yang sedap dan enak. Kereta Sewa Kota Bharu yakin anda akan makan sehingga menjilat jari! Jangan lupa ke kedai ini pada awal pagi, takut nanti lauknya habis dan anda akan rugi.

Kedai makan Anum Ayam Kampung Madu ini boleh dihubungi di talian 0199619054 yang mana anda boleh hubungi untu pertanyaan lanjut.

Book now

RESTORAN NASI ULAM CIKGU

 

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Kereta Sewa Kota Bharu mencadangkan kedai makan ini untuk MAKAN TENGAHARI. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa Restoran Nasi Ulam Cikgu ini adalah antara kedai makan tumpuan di Kota Bharu malah cukup dikenali dan menjadi pilihan penulis blog untuk dijadikan pengisian di dalam blog mereka.

Tidak dapat disangkal lagi, kedai makan ini memang antara yang terbaik kerana menyediakan pelbagai jenis pilihan lauk pauk untuk makan tengahari. Antara masakan yang menjadi pilihan Kereta Sewa Kota Bharu sendiri seperti Masak Lemak Sayur, Singgang Ikan, Tempoyak Ikan Patin dan Masak Lemak Telur Itik.

Yan pastinya terdapat budu yang menjadi pencicah makanan tradisional Kelantan beserta pelbagai jenis ulam-ulaman yang mengiurkan. Kena pula budu dengan asam limau, hirisan nipis serai, mangga masam serta cili padi, maka hilanglah diet anda nanti.

Di sini Kereta Sewa Kota Bharu sertakan nombor yang boleh anda hubungi iaitu 0199616665. Anda boleh telefon dahulu untuk bertanya atau membuat tempahan meja jika dalam bilangan yang ramai.

Book now

RESTORAN SYAKILA, LUNDANG

 

Kereta Sewa Kota Bharu mencadangkan kedai makan ini untuk MAKAN TENGAHARI. Restoran Syakila pasti membuat anda semua rambang mata untuk memilih menu apa yang mahu dimakan kerana terdapat terlalu banyak pilihan bermula dengan pelbagai lauk seperti gulai ayam, gulai daging, ayam masak merah, daging serta ikan singgang, masak lemak cili api dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, restoran ini juga menyediakan set nasi dagang, nasi kerabu, dan nasi ayam. Pendek kata semua yang anda mengidam ada di sini. Selain itu, Kereta Sewa Kota Bharu yakin anda pasti gembira melihat deretan manisan yang disediakan seperti bubur jagung, bubur pulut hitam, bubur kacang, pulut pauh/mangga, pengat pisang dan pengat ubi.

Jawabnya, restoran ini mewah dengan pemanis mulut yang menyelerakan! Awas bagi yang tak suka manis, order awal-awal air masak supaya anda dapatr menikmatinya dengan lebih baik. Kereta Sewa Kota Bharu pasti anda akan keluar dengan wajah tersenyu puas selepas menjamu selera di sini.
Restoran ini mungkin agak ramai jika hari bekerja terutama ada waktu tengahari kerana turut menjadi pilihan penjawat awam Ketika waktu rehat. Namun jangan bimbang kerana restoran ini menyediakan meja makann yang banyak untuk pelangganya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi sendiri pengurusan Restoran Syakila di talian 097436292.

Book now

KB PATIN HAUS

 

Kereta Sewa Kota Bharu mencadangkan kedai makan ini untuk MAKAN TENGAHARI. Bagi pencinta ikan patin anda tidak perlu lagi bersusah payah ke Temerloh, Pahang kerana KB Patin Haus juga menyediakan masakan yang sedap dan menyelerakan.

Kereta Sewa Kota Bharu dimaklumkan mereka menggunakan ikan patin berkualiti tinggi, oleh itu masakanya terasa manis dan segar. Selain terdapat patin masak tempoyak ada juga patin pais dan goreng yang pasti membuatkan anda makan bertambah-tambah.

Bagi yang tidak makan ikan patin, anda jangan risau keran di sini juga menyediakan masakan lain sepert gulai siput sedut, masak lemak cili api dan banyak lagi termasuk pelbagai jenis kerabu. Ulam-ulaman dengan budu juga ada.

Untuk makluman anda juga, kedai ini berdekatan dengan pasaraya Aeon. Jadi bolehlah jadikan kedai makan ini sebagai pilihan usai membeli belah. Di sini Kereta Sewa Kota Bharu sertakan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk informasi lanjut iaitu 0199117113.

Book now

PK CORNER

Kereta Sewa Kota Bharu mencadangkan kedai makan ini untuk MAKAN MALAM. PK Corner adalah antara restoran tumpuan yang menjadi pilihan ramai pada waktu malam. Lokasinya yang strategik di tengah bandar Kota Bharu menjadikanya pilihan untuk makan pada waktu malam.

Menyediakan pelbagai pilihan masakan panas termasuk tomyam, nasi goreng, aneka sup dan pelbagai yang pasti kena dengan selera anda. Namun, jangan lupa untuk mencuba Chicken Chop yang menjadi signature restoran ini. Kereta Sewa Kota Bharu yakin anda bersetuju jika dikatakan Chicken Chop di sini antara yang paling sedap dan terbaik.

Ia juga tempat yang best untuk melepak bersama rakan-rakan kerana tempatnya yang santai sahaja di tepi jalan. Pilihan minuman air buah juga sedap di restoran ini, tidak rugi untuk anda cuba.

Kereta Sewa Kota Bharu sediakan nombor telefon PK Corner di sini bagi memudahkan anda untuk bertanya lebih lanjut iaitu di talian 0199843157.

Carian popular kereta sewa kota bharu

Thirdly and most importanly, kereta sewa kota bharu , sewa kereta kota bharu , kereta sewa kelantan , sewa kereta kelantan , kereta sewa airport kota bharu , sewa kereta airport kota bharu , kereta sewa airport kelantan , sewa kereta airport kelantan , harga kereta sewa kota bharu , kereta sewa wakaf bharu , kereta sewa KTM wakaf baru , kereta sewa stesen bas kota bharu , sewa kereta stesen bas kota bharu , kereta sewa murah kota bharu , sewa kereta murah kota bharu .

Carian popular kereta sewa kota bharu

Thirdly and most importanly kereta sewa kota bharu , sewa kereta kota bharu , kereta sewa kelantan , sewa kereta kelantan , kereta sewa airport kota bharu , sewa kereta airport kota bharu , kereta sewa airport kelantan , harga kereta sewa kota bharu , kereta sewa wakaf bharu , kereta sewa KTM wakaf baru , kereta sewa stesen bas kota bharu , sewa kereta stesen bas kota bharu , kereta sewa murah kota bharu , sewa kereta murah kota bharu

 

 

saiful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Releated Posts

Link partner: pokerseri autowin88 vegasslot77 mantra88 ligasedayu warungtoto sbobet vegas4d indobet ingatbola88 ligaplay88 rtp dewagg hoki368 qqnusa ligagg88 zeus138 slot bro138 daftar bos88 login ligaciputra rtp hari ini