Logo Kereta Sewa Kota Bharu
kereta sewa kota bharu
sejarah proton saga

kereta sewa kota bharu

Asal usul proton saga by kereta sewa kota bharu

Kereta Proton Saga dibina dengan menggunakan landasan kereta Mitsubishi Lancer hasil kerjasama bersama syarikat permotoran daripada negara Jepun, Mitsubishi Motors Corporation. Model-model lain seperti Proton Wira dan Proton Waja turut terhasil daripada kerjasama ini. 

Walaupun adanya kerjasama strategik ini, terdapat juga segelintir rakyat yang merasakan Proton sekadar meniru atau rebadge model kereta dari Mitsubishi dan menukarkannya kepada Proton. Ianya tidak seperti yang kita fikirkan sebenarnya.

Sebenarnya, bagi sesebuah negara yang masih dianggap sebagai negara membangun, ia adalah sukar untuk membangunkan sebuah industri automotif tanpa sumber teknologi dan juga kepakaran secara tempatan. 

Kerjasama strategik dengan syarikat Mitsubishi merupakan langkah bijak daripada Proton dimana pemindahan dan kepakaran bidang automotif kepada syarikat Proton telah berlangsung secara aktif. Hasilnya, Malaysia mempunyai kepakaran untuk design kereta 100% secara tempatan seperti Proton Gen-2, Proton Savy, Proton Persona dan Proton Iriz.

Ramai juga pakar-pakar bidang automotif dilahirkan selari dengan kepesatan industri automotif negara. Sebelum adanya industri automotif, memang semua rakyat Malaysia tak pernah terfikir akan jadikan bidang automotif sebagai satu cabang kerjaya.

Tahukah anda kereta Proton Saga adalah kereta nasional pertama negara? Tak tahu? Jom, ketahui lebih lanjut!

Sejarah Proton Saga: kereta sewa kota bharu

Kereta Proton Saga sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia boleh dikatakan model yang paling laris keluaran Proton. Kereta yang berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore ini antara kereta yang mampu milik. 

Nama Proton Saga / kereta sewa kota bharu

Ramai yang menyangkakan nama kereta Proton Saga diletakkan sempena nama dari biji buah saga yang mudah didapati di Malaysia. Sebenarnya, kereta Proton Saga mendapat namanya daripada sebuah pertandingan iaitu Pertandingan Menamakan Kereta Nasional pada tahun 1985.

Pertandingan tersebut dikatakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang awam dengan lebih 100,000 penyertaan diterima. Penyertaan daripada Staf Sarjan Ismail Jaafar dari Pulau Pinang telah dipilih sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Beliau menamakan kereta nasional pertama Malaysia sebagai ‘Saga’ – akronim bagi Safety (Keselamatan), Achievement (Pencapaian), Greatness (Keunggulan) dan Ability (Kebolehan).

kereta sewa kota bharu

Idea dan ilham untuk menamakan kereta pertama Malaysia, kereta Proton Saga muncul ketika beliau sedang bermain permainan Scrabble bersama rakan-rakan beliau.

Selain itu, menurut beliau, nama ‘Saga’ juga mudah untuk dituturkan dalam bahasa lain dan tidak mengandungi konotasi negatif dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekali gus menjadikannya satu nilai tambah yang baik.

Staf Sarjan Ismail Jaafar juga turut menerima model yang sama sebagai hadiah kemenangannya.

Revolusi Kereta Proton Saga. / kereta sewa kota bharu

Selepas 34 tahun, kereta kebanggaan rakyat ini kini sinonim dengan kualiti Malaysia seperti kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kerana ia juga menjadi merupakan sebahagian daripada sejarah negara kita.

Kereta Proton Saga Generasi Pertama. kereta sewa kota bharu

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan oleh pengilang kereta Proton. Ia dibina berdasarkan platform Mitsubishi Lancer hasil kerjasama kerajaan Malaysia dan Mitsubishi Motors Jepun.

Kereta Proton Saga (1985-1992)

Generasi Saga yang pertama adalah pada tahun 1985. Pada generasi ini, Saga dikuasakan dengan enjin 4G13 Orion 1.3 liter dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan dan model dengan enjin 1.5 liter Magma yang hadir pada tahun 1987 bersama versi lima pintu yang digelar Saga Aeroback.

Model ini disertakan dengan gril hadapan dua bar mengapit logo bulan-bintang berbentuk perisai asal Proton, lampu isyarat membelok hadapan rata serta penutup rim yang hanya menutup bahagian nat rim.

Proton Saga Iswara (1992-2003)

Kereta Proton Saga Iswara merupakan sebuah model facelift yang dilancarkan pada 15 Ogos 1992. Nama Iswara itu pula diambil dari nama spesies rama-rama yang terdapat di negeri bumi Kenyalang, Sarawak iaitu Papilio Iswara. Saga model ini hanya mengalami perubahan rekabentuk luaran sahaja untuk model sedan dan juga hatchback. 

Model yang dipamerkan pada hari ini merupakan model terakhir Saga Megavalve (1990-1992), dikuasakan dengan pilihan enjin 4G13 1.3 liter dan 4G15 1.5 liter Megavalve. Enjin berkenaan menggunakan kepala enjin 12 injap (berbanding lapan injap pada Orion dan Magma) serta karburator SU yang lebih moden.

Pada bahagian luaran, model facelift terakhir sebelum dijelmakan sebagai Iswara ini mempunyai sepasang liang yang lebih besar, lampu isyarat membelok hadapan lebih kecil tetapi lebih timbul serta penutup penuh pada rim besi standard.

Namun pada 2001, Proton Saga Aeroback SE (Special Edition) dikeluarkan dan ia merupakan model pertama yang menggunakan kepakaran serta teknologi kawalan dan pemanduan (ride & handling) dari Lotus.

Proton Saga LMST (2003-2008)

Kereta Proton Saga LMST (2003-2008) merupakan model facelift terakhir Generasi Pertama yang mendapat sentuhan perubahan bukan sahaja daripada sudut luaran, tetapi juga dari segi dalaman dengan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital. Proton Saga LMST dilancarkan pada 2003 ini hanya menawarkan model hatchback dengan enjin 1.3L. Namun kuasanya telah dipertingkatkan dari 77 kepada 83Hp.

Kereta Proton Saga Generasi Kedua

Model Kereta Proton Savvy, Proton Saga Generasi Kedua pula dibangunkan dan dilancarkan pada 18 Januari 2008. Ianya menggunakan rekaan dan teknologi sepenuhnya dari jurutera Proton dengan bantuan kepakaran Lotus dan LG CNS.

Kini sudah hampir 9 tahun dan model ini akan berakhir pada September 2016. Model Proton Saga Generasi Kedua hanya keluarkan dalam versi sedan (versi hatchback adalah Proton Savvy) dan sebanyak tiga peringkat perubahan dilakukan sepanjang tempoh keluaran model tersebut iaitu:

Proton Saga BLM (2008-2010)

Model Saga BLM menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L sebelum model Saga BLM SE muncul pada Julai 2009 dengan menawarkan pilihan enjin CamPro 1.6L. Ianya dikategorikan dalam segmen A sebagai sedan kompak iaitu penurunan dari Segmen B pada Generasi Pertama.

Proton Saga FL (2010-2011)

Kereta Proton Saga FL ini dilancarkan pada 30 November 2010 merupakan facelift rekaan luaran dengan sentuhan yang lebih kemas dan pertambahan spesifikasi. Perubahan ketara adalah pada lampu dan bumper hadapan dan belakang. Saga FL juga dilengkapi dual airbag sebagai standard keselamatan.

Untuk varian 1.6L, Proton Saga FL Executive dilancarkan pada Mei 2011.

Proton Saga FLX (2011-2016)

Proton Saga FLX (2011 – 2016) merupakan model facelift kali kedua ini dilakukan hanya setelah lapan bulan model FL dikeluarkan. Jika dilihat dari segi reka bentuk, tiada perubahan. Peningkatan yang dilakukan adalah ke atas enjin, transmisi dan juga tahap keselamatan. 

Selain itu, enjin CamPro IAFM+ dengan Transmisi Auto CVT dan 5-speed Getrag manual diperkenalkan. Dari segi keselamatan, kini terdapat pilihan tambahan iaitu sistem anti-lock braking system (ABS) dan electronic brakeforce distribution (EBD) selain dual airbag.

Varian Proton Saga FLX SE 1.6L IAFM+ turut dilancarkan kemudiannya pada November 2011. Varian Saga FLX SV dengan harga yang lebih murah dilancarkan pada 15 Jun 2013. Akhir sekali varian Saga FLX Plus pada Ogos 2015.

Kereta Proton Saga Generasi Ketiga

Model Terbaru Saga Generasi Ketiga akan dilancarkan pada 28 September 2016. Proton Saga R (replacement) 2016 ini mendapat sentuhan rekabentuk baru dan terkini namun masih mengekalkan identiti Proton Saga sebelum ini.

Proton Saga 2016/2017 ini menggunakan platform dan enjin model sebelumnya tetapi pelbagai peningkatan, penambahbaikan dan perubahan spesifikasi, rekabentuk, saiz serta dimensi yang ketara.

Rekaannya kini lebih membulat berbanding sebelumnya dengan saiz dan keluasan yang bertambah. Rekabentuk yang moden tetapi masih mengekalkan dna atau adentiti Saga disamping keselesaan serta keselamatan tetap diutamakan.

Selain itu, ECU juga telah semula untuk mempertingkatkan tindak balas CVT, tapak enjin tiga punca untuk memberikan nilai NVH yang lebih baik. Penggunaan minyak juga semakin efisyen dan jimat.

Proton Saga ini turut mendapat pakej pemanduan dan kawalan yang dipertingkat, diantaranya adalah menggunakan tayar dengan rintangan golek lebih rendah untuk memberi cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db), ABS, EBD dan ESC.

Kereta Proton Saga kekal segar dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini sehingga munculnya Proton Saga Versi 2021. Apa yang menarik tentang Saga baru ini? 

Berikut adalah fungsi-fungsi menariknya:

  • Proton Saga 2021 dilengkapi dengan lampu siang (DRL) LED dan grill yang bercirikan konsep infinite weave. 
  • Dari segi rekabentuk pula, rekabentuk belakang kereta Proton Saga 2021 mempunyai perbezaan terutamanya pada bahagian bawah bumper dan logonya berubah kepada abjad ‘P R O T O N’. 
  • Dalamannya juga menarik. Rekaan dalaman dihadiri dengan sistem infotainment skrin sentuh jenis apung. 
  • Selain itu, ia juga menampilkan rim aloi lima bilah yang baharu.
  • Daripada kotak gear CVT, kereta Proton Saga kini beralih kepada 4-kelajuan yang lebih baik. 
  • Lima pilihan warna yang disediakan, iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red Armour Silver dan juga Rosewood Marron. 

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai Saga 2021, sila layari laman web rasmi Proton di SINI.

Popular searching kereta sewa airport kota bharu

In conclusion, kereta sewa kota bharu . sewa kereta kota bharu . kereta sewa kelantan . sewa kereta kelantan . kereta sewa airport kota bharu . sewa kereta airport kota bharu . kereta sewa airport kelantan , sewa kereta airport kelantan . harga kereta sewa kota bharu . kereta sewa wakaf bharu , kereta sewa KTM wakaf baru , kereta sewa stesen bas kota bharu , sewa kereta stesen bas kota bharu , kereta sewa murah kota bharu , sewa kereta murah kota bharu .

Popular searching kereta sewa airport kota bharu

For this reason, kereta sewa kota bharu , sewa kereta kota bharu , kereta sewa kelantan , sewa kereta kelantan , kereta sewa airport kota bharu , sewa kereta airport kota bharu , kereta sewa airport kelantan , sewa kereta airport kelantan , harga kereta sewa kota bharu , kereta sewa wakaf bharu , kereta sewa KTM wakaf baru , kereta sewa stesen bas kota bharu , sewa kereta stesen bas kota bharu , kereta sewa murah kota bharu , sewa kereta murah kota bharu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Releated Posts

Link partner: pokerseri autowin88 vegasslot77 mantra88 ligasedayu warungtoto sbobet vegas4d indobet ingatbola88 ligaplay88 rtp dewagg hoki368 qqnusa ligagg88 zeus138 slot bro138 daftar bos88 login ligaciputra rtp hari ini